Embassy
0

Jemputan ke Solat Sunat Aidiladha 2012

Berikut merupakan mesej dari pihak Kedutaaan Besar Malaysia:

Untuk makluman saudara sekalian, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo akan mengadakan Majlis Solat Sunat Aidiladha dan Sambutan Aidiladha seperti butiran berikut:

TARIKH : HARI RAYA AIDILADHA (bergantung kepada tarikh pengisytiharan Hari Raya Aidiladha di Malaysia)
MASA : 8.00 PAGI – 11.00 PAGI
TEMPAT : KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, 20-16, NANPEIDAI-CHO, SHIBUYA-KU, TOKYO 150-0036

ATURCARA MAJLIS
————————–
8.00 PAGI : KETIBAAN PARA JEMPUTAN BERAGAMA ISLAM
8.15 PAGI : TAKBIR
8.30 PAGI : SOLAT SUNAT AIDILADHA
9.00 PAGI : JAMUAN AIDILADHA BERMULA
(KETIBAAN PARA JEMPUTAN BUKAN BERAGAMA ISLAM)
11.00 PAGI : MAJLIS BERSURAI

Semua pelajar Malaysia di Jepun yang berkelapangan adalah dijemput untuk menghadiri majlis ini.
Sehubungan itu, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo ingin memohon kerjasama saudara/saudari untuk mewar-warkan berhubung perkara ini di laman web masing-masing. Kerjasama dan jasa baik saudara sekalian adalah amat dihargai.

Sekian,
Muhammad Annizam Mohd Mohtar
Second Secretary
Public Service Department
Embassy of Malaysia
20-16, Nanpeidai-cho
Shibuya-Ku, Tokyo 150-0036

Tel : +81-3- 3476 3840
Fax : +81-3-3476 1702
Email : annizam@hrdtokyo.jpdocument.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);

Share:
  • googleplus
  • tumblr