Job Openings
0

Sesi Temuduga Skim Fellowship Universiti Malaysia Pahang

To those who are interested, here are 2 documents which should be seen/downloaded.

PERMOHONAN SKIM FELLOWSHIP  &  fellowship2012_
JAPAN

Assalamualaikum,

Salam daripada Universiti Malaysia Pahang.
Universiti Malaysia Pahang akan mengadakan lawatan rasmi ke Jepun pada 23-25hb Nov 2012 ini.
Tujuan lawatan ini adalah bagi mengadakan Temuduga Jawatan Akademik dan juga penajaan Skim Fellowship UMP.

Bagi penajaan Skim Fellowship, tawaran ini adalah terbuka kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Jepun yang mana:
i.                   Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian PhD.
ii.                  Pelajar yang akan akan melanjutkan pengajian ke peringkat PhD (tahun akhir peringkat Master).
iii.                 Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian Master.
iv.                 Pelajar yang akan menyambung pengajian Master (tahun akhir peringkat Sarjana Muda).

Bersama-sama ini disertakan borang dan iklan Skim Fellowship untuk dihebahkan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang sedang berada di Jepun. Borang permohonan dan CV perlu dihantar kepada kami melalui email ke recruitmenthr@ump.edu.my bagi tujuan rekod kami. Kami juga sedang berusaha untuk menjemput wakil daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk turut serta dalam lawatan ini. Tempoh temuduga akan dilanjutkan sekiranya calon yang memohon adalah ramai. Sehubungan itu, kami memohon bantuan daripada pihak tuan/puan untuk memanjangkan email ini kepada pelajar-pelajar Malaysia di Jepun.

Kerjasama dan bantuan pihak tuan/puan amat kami hargai dalam menjayakan program ini. Tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami: Puan Haryani binti Abdullah di talian +6095492504 atau En. Muradzuddin di talian +6095492648 untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

MOHD MURADZUDDIN BIN DZULKIFLI
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Universiti Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang, Kuantan
Pahang.

 }

Share:
  • googleplus
  • tumblr