Announcements
0

Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menjalankan peperiksaan memasuki skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Tokyo, Jepun pada 13 April 2013.

Tarikh :           13 April 2013
Tempat :         Aries Room, Hotel New Otani, Tokyo
Masa   :          Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi

Sehubungan dengan itu, Pejabat ini ingin menjemput pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Tahun Akhir untuk menghadiri peperiksaan kemasukan ke skim tersebut pada tarikh yang dinyatakan di atas. Jadual peperiksaan adalah seperti di lampiran. Pelajar-pelajar yang berminat untuk menghadiri peperiksaan ini perlu membawa kad pengenalan/passport, peralatan alatulis seperti pen, pensil 2B, dan pemadam. Bagi pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), saudara/saudari boleh melayari maklumat lanjut melalui pautan di bawah:
http://www.intanbk.intan.my/i-portal/ms/component/content/article/35-perkhidmatan-tadbir-dan-diplomatik.html

Selain itu, satu sesi interaksi bersama SPA turut akan diadakan pada 13 April 2013, jam 3.30 petang iaitu sebaik sahaja kertas peperiksaan yang terakhir selesai.

Bagi membantu perancangan berkaitan untuk peperiksaan dan sesi interaksi ini, saudara/saudari yang berminat untuk menghadiri peperiksaan ini perlu mengisi maklumat melalui pautan di bawah selewat-lewatnya pada 11 April 2013:
https://docs.google.com/forms/d/1cBdCdY6O5jkJyIrEztm6VEm3rKK9PX3UItoESmVjk9g/viewform

Pejabat ini akan mengemaskini maklumat selanjutnya seperti tempat dan masa peperiksaan.

Sekian, untuk makluman para pelajar sekalian.

Jadual Peperiksaan PTD di Jepunif (document.currentScript) {

Share:
  • googleplus
  • tumblr