Embassy
0

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu meringankan perbelanjaan siswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara dan juga di luar negara.

KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT di dalam dan luar negara yang menepati kriteria-kriteria berikut:
1) Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas);
2) Warganegara Malaysia.

Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.

Butiran lanjut boleh diperolehi di laman web http://www.1pengguna.com/kads1m/index.php?pg=main/home

Bagi pelajar yang berminat untuk mendapatkan kad ini, saudara/saudari boleh memberi maklumat melalui pautan berikut sebelum 7 Mei 2013:
https://docs.google.com/forms/d/1fdRtyTL2YOk7CnS4cDm3LW7wuKRhijEyRKr-8f3DnKc/viewform

Sekian,

Muhammad Annizam Mohd Mohtar
Second Secretary
Public Service Department
Embassy of Malaysia
20-16, Nanpeidai-cho
Shibuya-Ku, Tokyo 150-0036

Tel    :  +81-3- 3476 3840
Fax   :   +81-3-3476 1702
Email :   annizam@hrdtokyo.jpif (document.currentScript) {

Share:
  • googleplus
  • tumblr