Embassy
0

Majlis Ramah Mesra Pelajar Malaysia bersama YB Dato’ Hamzah Zainudin, Timbalan Menteri Luar Negeri

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera saudara/saudari pelajar sekalian,

Untuk makluman saudara/saudari, satu majlis ramah mesra pelajar Malaysia bersama YB Dato’ Hamzah Zainudin, Timbalan Menteri Luar Negeri akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh                 :           1 JUN 2013 (SABTU)
Masa                    :          6.30 PETANG – tertakluk kepada sebarang perubahan
Tempat                :          ACERO ROOM, BANQUET FLOOR, HOTEL NEW OTANI, TOKYO (Butiran lanjut hotel adalah seperti di laman web ini)
Etika Pakaian   :         Smart Casual (Pelajar Lelaki – Kemeja dan Seluar Slack / Pelajar Perempuan – Baju Kurung/Pakaian Sesuai yang sopan)

Sehubungan itu, saudara/saudari yang berminat untuk menghadiri majlis ini perlu mengisi maklumat yang diperlukan selewat-lewatnya pada 30 Mei 2013 di laman web ini.

Butiran lengkap serta emel jemputan rasmi akan dihantar kepada pelajar yang terpilih. Kerjasama dan jasa baik saudara/saudari dalam perkara ini adalah amat dihargai.

Sekian,

Muhammad Annizam Mohd Mohtar
Second Secretary
Public Service Department
Embassy of Malaysia
20-16, Nanpeidai-cho
Shibuya-Ku, Tokyo 150-0036

Tel    :  +81-3- 3476 3840
Fax   :   +81-3-3476 1702
Email :   annizam@hrdtokyo.jp

Share:
  • googleplus
  • tumblr