Report & Bulletin
0

【Bulletin】Laporan Tohoku Sports Taikai 2013

4
3 2
Tarikh : 29 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi-5.30 petang
Tempat :

  • Badminton – 山形市役所江南体育館山形県山形市江南 1-1-27
  • Bola Sepak – 天童市スポーツセンター994-0004 山形県天童市大字小関 1230

Anjuran : MSAJ Tohoku 2013/2014 dan Kelab Umno Tohoku 2013/2014
Tujuan :

  • Merapatkan hubungan sesama ahli persatuan kawasan Tohoku.
  • Memberi peluang ahli persatuan (pelajar) berehat sebentar dari program akademik dengan akitiviti riadah berpasukan.
  • Memupuk kerjasama lebih erat di kalangan pelajar-pelajar tuan rumah untukmenganjurkan sesuatu program.

Kehadiran:
63 orang (termasuk lelaki dan perempuan)
(1) Yamagata: 18 orang
(2) Akita: 15 orang
(3) Sendai : 19 orang
(4) Aomori : 4 orang
(5) Iwate : 7 orang

Laporan program:
A) 10.00 -10.40 pagi
Persediaan dewan, kehadiran ahli-ahli dari Sendai,Akita, Yamagata dan Iwate. Ucapan alu-aluan daripada Presiden MSAJ Tohoku 2013/2014 (Wan Noruddin Rasol Wan Azmi penerangan aturcara majlis dan peraturan pertandingan.

B) 10.40pagi- 4.45 petang (Pertandingan badminton dan perlawanan bola sepak)

  1. Pertandingan badminton acara beregu bagi kategori perempuan dan perlawanan bola sepak bagi kategori lelaki diadakan di tempat yang berbeza. Kedua-dua pertandingan ini diadakan secara sistem kalah mati.
  2. Pertandingan badminton hanya sempat diadakan pada pukul 10.40 pagi hingga 12 tengahari kerana waktu tempahan dewan yang dibenarkan hanyalah sehingga pada pukul 12 tengahari sahaja. Oleh kerana kekangan masa yang berlaku, pemilihan pemenang bagi pertandingan badminton ini hanya dilakukan dengan jumlah mata yang dikumpul bagi setiap match yang berlangsung. Walaubagaimanapun, semuanya berjaya diakhiri dengan penuh dedikasi dan lancar.
  3. Sistem kalah mati dibuat dan berakhir dengan set akhir,baik kategori lelaki dan perempuan.Pengadil setiap acara dikelola dikalangan ahli kelab sendiri yang mempunyai pengalaman dalam acara dipertandingkan.
  4. Pada pukul 1petang, acara telah diberhentikan seketika. Setiap ahli dibekalkan dengan bento dengan bayaran sebanyak 500yen dan berehat sebentar sebelum acara seterusnya.

C) 5.00petang-5.30petang (Upacara penyampaian hadiah dan gotong royong)

  1. Upacara penyampaian hadiah berupa pingat dijayakan oleh Presiden MSAJ Tohoku 2013/2014, saudara Wan Noruddin Rasol Bin Wan Azmi.
  2. Setelah itu,setiap ahli bergotong –royong membersihkan kawasan dewan.

D) Keputusan Perlawanan
Bola sepak:
Johan: Akita
Naib Johan : Sendai
Tempat Ketiga: Yamagata

Badminton:
Johan: Sendai dan Aomori (SERI)

  • Sakinah Yahya dan Nur Farahanis Ismail (Sendai)
  • Norehan Salikon dan Siti Masturah Fakhruddin (Sendai)

Tempat Ketiga: Yamagata (Nadhira Razali dan Nuradiza Rani)

Disediakan oleh,
AFIQAH BINTI ZULKEPLI
Naib Setiausaha Kelab UMNO Tohoku 2013/2014

} else {

Share:
  • googleplus
  • tumblr