Report & Bulletin
0

【Bulletin】Kyushuu Futsal Taikai

IMG_0877IMG_0883

Tarikh : 2 November 2013 (Sabtu)
Masa : 12.00 tengah hari -7.00 malam
Tempat : Saga Futsal Club(849-0902, Saga-shi, Kuboizumi Machi, Ue Izumi 2322-1)

Objektif :

  • Merasai pengalaman, kepuasan dan keseronokan dalam menyertai sesebuah pertandingan.
  • Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.
  • Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan dengan semangat kesukanan.
  • Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
  • Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
  • Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.
  • Merapatkan hubungan antara pelajar Malaysia di Jepun.

Kehadiran:
73 orang (termasuk lelaki dan perempuan)

Saga: 23 orang
Kyuushuu: 15 orang
Tokushima: 12 orang
Oita: 7 orang
Kagoshima : 13 orang
Yamaguchi : 8 orang
Jemputan 1st year students AAJ : 9 orang

Laporan program:
1. Pendaftaran
Kesemua pasukan tiba awal sebelum waktu pendaftaran iaitu 11 tengah hari. Selepas pendaftaran dijalankan, kesemua pasukan diberikan minuman dan makanan yang telah disediakan.

2. Perasmian Pertandingan
Pengenalan kepada format pertandingan, undang-undang, aturcara dan lain-lain pemberitahuan diberikan oleh Presiden SAGARIANS, En. Syazaffendy bin Mohd Nasir kepada semua kapten pasukan. Bacaan doa diketuai oleh AJK Biro Agama SAGARIANS, En. Hannan.

3. Peringkat Liga
Kesemua pasukan bertanding antara satu sama lain dengan format peraturan secara 3 mata jika menang, 1 mata jika seri dan 0 mata jika kalah. Jadual markah dikemaskini selepas setiap pertandingan dan empat pasukan dengan mata tertinggi secara keseluruhan diberi peluang untuk layak ke peringkat seterusnya. Perlawanan dijalankan dengan format 4minit separuh masa pertama, 1 minit rehat dan 4 minit separuh masa kedua. Pengadil adalah terdiri daripada wakil pemain mana- mana pasukan yang tidak terlibat semasa satu-satu perlawanan.
Pasukan Chelsea Rashi (Oita) mendapat termpat pertama, diikuti rapat oleh pasukan Cun- melecun (Tokushima) di tempat kedua manakala pasukan Kagoshima di tempat ketiga di hadapan pasukan Sagan FC(pasukan pertama Saga).

4. All-Star Match
Pertandingan diteruskan dengan pertandingan khas di antara wakil-wakil kesemua lapan pasukan. Kesemua lapan pasukan diminta menghantar dua orang wakil pemain terbaik dari pasukan sendiri untuk menyertai pertandingan ini. Walaubagaimanapun, pasukan oita menarik diri daripada pertandingan ini dan memberikan hak tersebut kepada pasukan Buncit FC (Jemputan 1st year students AAJ).

5. Peringkat Separuh Akhir, Penentuan Tempat ke3 dan ke4 dan Akhir
Pertandingan diteruskan dengan peringkat seterusnya dengan perlawanan separuh akhir di antara pasukan Chelsea Rashi (Oita) dengan Kagoshima dan Cun-melecun (Tokushima) dengan Sagan FC(pasukan pertama Saga).
Pasukan Chelsea Rashi (Oita) dan Cun-melecun (Tokushima) layak ke peringkat akhir.
Pasukan Kagoshima dan Sagan FC(pasukan pertama Saga) ke perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

6. Keputusan Keseluruhan
Johan: Chelsea Rashi (Oita)
Naib Johan : Cun-melecun (Tokushima)
Tempat Ketiga: Kagoshima
All-star : Team B

7. Penyampaian Hadiah dan Penutup
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah oleh Presiden SAGARIANS, En. Syazaffendy bin Mohd Nasir. Piala pusingan sekaligus hak menganjur pada tahun hadapan diserahkan kepada pasukan Chelsea Rashi (Oita).

Penutup :
Majlis ini berjalan lancar dan berjaya mencapai semua objektif yang dirancang. Hal ini mungkin disebabkan bantuan yang diberikan dari pelbagai pihak dan perancangan pertandingan yang baik oleh pihak penganjur. Kami berharap pertandingan ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang dengan lebih meriah.

Disediakan oleh,
MUHAMMAD IZZSYZWAN BIN ISA
Setiausaha Majlis SAGARIANS sesi 2013/2014

IMG_0859IMG_0766

} else {

Share:
  • googleplus
  • tumblr