Report & Bulletin
0

Aktiviti menyambut kedatangan pelajar baru Hokuriku 2014

Tarikh    :26 April 2014
Masa       :11:00~17:00
Tempat  :Dewan sukan, Niigata

Objektif :Untuk menyambut kedatangan pelajar baru,merapatkan hubungan sillaturahim antara universiti universiti di Hokuriku.

Seramai lebih kurang 70 orang pelajar daripada Universiti Toyama, Fukui, Kanazawa, NIigata dan Nagaoka terlibat. Majlis didahulukan dengan bacaan doa, diikuti dengan ucapan daripada Presiden MSAJ Hokuriku sesi 2014, iaitu saudara Mawardi. Seterusnya, sesi memperkenalkan diri bagi pelajar yang baru menjejakkan kaki ke Jepun dan sesi suai kenal diakhiri dengan sesi memperkenalkan diri ahli jawatankuasa MSAJ Hokuriku sesi 2014. Sebaik sahaja selesai makan dan solat,aktiviti sukan, futsal bagi lelaki dan badminton bagi perempuan dimulakan. Hadiah berupa hamper diberikan kepada semua wakil universiti yang terlibat.

 

Prepared by,
MSAJ Hokuriku}

Share:
  • googleplus
  • tumblr