Report & Bulletin
0

MSAJ(KUJ) Tohoku Futsal Taikai 2014/2015

Tarikh : 28 Jun 2014 (Sabtu)
Masa : 1200 pm -1700 pm
Tempat : アクションスポーツスタジウムワッセ仙台、宮城県仙台市青葉区北根黒松2−10−2F

Anjuran : MSAJ (KUJ) Tohoku 2014/2015
Tujuan :
1) Merapatkan hubungan sesama pelajar mahupun warga pekerja yang berada di Jepun.
2) Memberi peluang ahli persatuan (pelajar) berehat sebentar dari program akademik dengan melibatkan diri dengan akitiviti riadah berpasukan.
3) Memupuk kerjasama lebih erat di kalangan pelajar-pelajar serta mendorong mereka untuk lebih berdaya saing dalam sesuatu perkara.

Kehadiran : 80 orang * (anggaran jumlah termasuk lelaki dan perempuan)

PenyertaanHuraian
Kategori LelakiRRS Sendai
Yamagata
Sendai 2
31st FCGabungan pelajar tahun pertama
KakimotoAkita
Kencang FCGunma
Toyama
Tsukuba
Akita Jr
Kategori WanitaKaki Bangku FCSendai
Yamagata-Iwate

* Setiap penyertaan adalah terdiri daripada 8 orang sepasukan. Ada pasukan yang tidak cukup 8 orang dan ada peserta yang menganggotai 2 pasukan. Tidak dilupakan juga kehadiran ahli keluarga peserta yang terlibat serta AJK KUJ Kanto yang hadir memberi sokongan.

Laporan program :
■ 1100 am ~ 1200 pm
Persediaan dewan futsal seperti padang futsal dan juga bola. Selain itu para peserta juga mulai sampai di Wasse Sports Stadium, Sendai. Terdapat juga peserta yang hadir lebih awal lagi terutama sekali peserta dari Toyama, Tsukuba dan juga Akita.

■ 1200 pm ~ 1640 pm
Acara dimulakan dengan sedikit kata alu-aluan dan penerangan secara ringkas serta padat oleh Presiden MSAJ (KUJ) Tohoku, Abdullah Umar bin Rosli dan Naib Presiden, Mujahid Mohd Nasurdin.

  1. Perlawanan futsal bagi kategori lelaki diadakan di padang futsal B dan C di tingkat 3 manakala kategori wanita diadakan di tingkat 2.
  2. Perlawanan futsal bagi kategori wanita diadakan dari pukul 1230 pm ~ 1300 pm. Hanya dua penyertaan iaitu perlawanan di antara pasukan dari Sendai dan juga Yamagata-Iwate. Perlawanan ini berlangsung sebanyak dua set sahaja. Acara penyampaian hadiah dilakukan setelah perlawanan tamat.
  3. Perlawanan futsal di padang B dan C dilakukan secara serentak. Perlawanan futsal ini diadakan secara sistem liga.
  4. Perlawanan futsal di padang B berlangsung dari 1230 pm ~ 1500 pm.
  5. Perlawanan futsal di padang C berlangsung dari 1230 pm ~ 1640 pm.
  6. Pengadil yang adil dan saksama telah dipilih oleh Biro Sukan MSAJ (KUJ) Tohoku sendiri agar sebarang ketidak adilan tidak wujud.
  7. Setiap peserta telah disediakan bento ( nasi + ayam masak merah ) dimana bento ini telah dimasak oleh pihak tuan rumah sendiri.
  8. Walaupun perlawanan futsal ini dilakukan secara berterusan, ini tidak langsung menjadi penghalang atau kekangan bagi setiap pasukan berehat untuk solat dan makan.

■ 1640 pm ~ 1700 pm
Selesai perlawanan peringkat akhir tamat, setiap peserta termasuk peserta wanita diminta berkumpul di padang futsal B untuk acara penutup. Acara penutup ini telah dikelolakan oleh Naib Presiden dan sebelum acara penyampaian hadiah dilakukan, sepatah dua kata telah diberikan oleh Presiden MSAJ (KUJ) Tohoku dan juga oleh Presiden KUJ Kanto. Setelah sesi penyampaian hadiah, MSAJ (KUJ) Tohoku Futsal Taikai ini diakhiri dengan sesi bergambar.

Keputusan perlawanan :

Kategori lelaki
Johan           : Tsukuba
Naib Johan      : 31st FC
Tempat Ketiga : Yamagata
Tempat Keempat : Kencang FC (Gunma)

Kategori wanita
Johan           : Kaki Bangku FC (Sendai)
Naib Johan : Yamagata – Iwate

Walaupun acara ini dilakukan sehari sebelum bermulanya bulan Ramadan, namun sambutan terhadap acara ini sangatlah memberangsangkan. Selain itu, acara ini adalah acara yang pertama kali dianjurkan oleh MSAJ (KUJ) Tohoku 2014/2015. Harapan kami semoga acara-acara yang kami akan anjurkan di masa hadapan juga turut mendapat sambutan yang menggalakkan.

Dilaporkan oleh,

SOFIA IMANA BINTI AHMAD
Setiausaha MSAJ (KUJ) Tohoku 2014/2015

Share:
  • googleplus
  • tumblr