Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan & Latihan JPA Tokyo dan Talent Corporation akan menganjurkan Program Pembangunan Kerjaya Pelajar Malaysia di Jepun mengikut butiran seperti berikut:

Tarikh: 12 November 2016 (Sabtu)
Masa: 9.30 pagi – 6.00 petang
Tempat: Tokyo Institute of Technology, Tokyo
Kod Pakaian : Formal Wear (Suit)

Terdapat pengisian program yang menarik seperti:

1. Perkongsian mengenai Teknik Penulisan Resume Berkesan
2. Tips Menghadiri Sesi Temuduga
3. Jangkaan syarikat terhadap Graduan
4. Temuduga Terbuka Syarikat STAR (Sony EMCS, Plexus, Panasonic dan Toyo Tires)

Sila sahkan kehadiran anda dengan melengkapkan maklumat kehadiran seperti di bawah sebelum 1 November 2016 (Selasa). Penyertaan adalah terhad kepada 150 pendaftaran terawal. Saudara/saudari yang berminat juga dipohon untuk mengemelkan CV masing-masing selewat-lewatnya 4 November 2016 kepada ghani.selbi[at]jpa.gov.my.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan mendaftarkan diri dengan link [INI]

Sekian, terima kasih.

Pejabat Pendidikan dan Latihan JPA
Kedutaan Besar Malaysia Tokyo