Assalammualaikum dan Salam Sejahtera saudara/saudari pelajar sekalian,
Untuk makluman saudara/saudari, satu majlis ramah mesra pelajar Malaysia bersama YB Dato’ Hamzah Zainudin, Timbalan Menteri Luar Negeri akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 1 JUN 2013 (SABTU)
Masa : 6.30 PETANG – tertakluk kepada sebarang perubahan
Tempat : ACERO ROOM, BANQUET FLOOR, HOTEL NEW OTANI, TOKYO (Butiran lanjut hotel adalah seperti di laman web ini)
Etika Pakaian : Smart Casual (Pelajar Lelaki – Kemeja dan Seluar Slack / Pelajar Perempuan – Baju Kurung/Pakaian Sesuai yang sopan)
Sehubungan itu, saudara/saudari yang berminat untuk menghadiri majlis ini perlu mengisi maklumat yang diperlukan selewat-lewatnya pada 30 Mei 2013 di laman web ini.
Butiran lengkap serta emel jemputan rasmi akan dihantar kepada pelajar yang terpilih. Kerjasama dan jasa baik saudara/saudari dalam perkara ini adalah amat dihargai.
Sekian,
Muhammad Annizam Mohd Mohtar
Second Secretary
Public Service Department
Embassy of Malaysia
20-16, Nanpeidai-cho
Shibuya-Ku, Tokyo 150-0036
Tel : +81-3- 3476 3840
Fax : +81-3-3476 1702
Email : annizam@hrdtokyo.jp