Note: This page is only available in Bahasa Melayu (Malay Language).

Alamat Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo (lihat laman web) adalah seperti berikut:

  • 20-16, Nanpeidai-cho Shibuya-ku, TOKYO 150-0036 (lihat peta)

Alamat Rumah Pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo adalah seperti berikut:

  •  5-17-27, Kamimeguro, Meguro-ku Tokyo

(lihat peta dan panduan ke Rumah Pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo)

Borang-Borang Penting

Di bawah adalah beberapa borang penting khususnya untuk pelajar-pelajar tajaan JPA. Untuk borang-borang lain serta maklumat selanjutnya, sila layari laman web Kedutaan Besar Malaysia ke Jepun .

Kesemua borang di atas hendaklah dihantar ke Kedutaan Besar Malaysia ke Jepun melalui alamat berikut:

Counsellor
Human Resource Development
(Education and Training)
Embassy of Malaysia
20-16 Nanpeidai-cho
Shibuya-ku, Tokyo 150-0036

 

Mesej Dari Bahagian Konsular Kedutaan Besar Malaysia

Bahagian Konsular merupakan salah satu daripada bahagian yang penting di Kedutaan. Bahagian ini antara lain menawarkan perkhidmatan seperti:

  • Migresen – Urusan Pasport dan Visa.
  • Notarial – Pengesahan dokumen, Penterjemahan.
  • Pendaftaran -Kelahiran, Perkahwinan.
  • Konsular – Kes-kes Tangkapan, Kesusahan atau Kematian yang melibatkan rakyat Malaysia.

Semua urusan dengan Bahagian Konsular boleh dibuat di Kaunter Konsular yang terletak di tingkat satu Kedutaan. Kaunter ini dikendalikan oleh tiga kakitangan ambilan tempatan dan mereka boleh berkomunikasi dalam Bahasa Jepun dan Inggeris.Waktu berurusan dengan Kaunter Konsular adalah seperti berikut:-

Isnin – Khamis9:00 pagi – 12:00 t/hari (Permohonan)2:00 petang – 4:00 petang (Pengambilan Dokumen)
Jumaat9:00 pagi – 11:30 t/hari (Permohonan)2:00 petang – 4:00 petang (Pengambilan Dokumen)
Sabtu,Ahad, Cuti AmTutup

 

Sekiranya ingin mendapat keterangan lanjut atau lain-lain maklumat mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bahagian Konsular, datang sendiri ke Kaunter Konsular atau sila hubungi talian seperti berikut:-

TEL: (03)3476-3849  (2:00 petang – 5:00 petang)                      FAKS: (03)3476-4971

Peraturan di Konsular

Sekiranya berurusan di Kaunter Konsular di Kedutaan, sila pastikan perkara-perkara berikut dipatuhi:

  • Berpakaian kemas dan bersih;
  • Jangan membuat bising; * Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran tiba;
  • Jangan merokok di tempat yang dilarang;
  • Jangan membuang sampah merata-rata dan;
  • Gunakan bahasa yang sopan ketika berurusan.

Mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia

Setiap warganegara Malaysia yang bercadang untuk menetap lama di sesebuah negara di luar Persekutuan, adalah dituntut supaya mendaftarkan diri dengan mana-mana pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat.Pendaftaran diri dengan Kedutaan adalah penting dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan:

  • Lambat mendapat bantuan daripada kedutaan sekiranya berlaku kesusahan seperti bencana alam atau darurat
  • Kewarganegaraan mereka yang memperolehi taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah Artikel 25(2) Perlembagaan Malaysia dilucutkan.

Pendaftaran diri dengan Kedutaan juga dapat memudahkan Kedutaan dalam urusan berikut:

  • Mengenalpasti jumlah rakyat Malaysia yang berada di sesebuah negara asing;
  • Mengenalpasti kedudukan rakyat Malaysia di sesebuah negara asing;
  • Memberi bantuan kepada rakyat Malaysia sekiranya barlaku bencana alam atau lain-lain kesusahan di sesebuah negara asing;
  • Menghubungi keluarga/waris di Malaysia sekiranya berlaku kesusahan kepada rakyat Malaysia di negara asing;
  • Menyampaikan berita/maklumat yang diterima daripada keluarga/waris di Malaysia kepada warganegara Malaysia di negara asing.

Sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat, nombor telefon atau lain-lain butiran penting selepas pendaftaran dibuat, sila maklumkannya kepada Kedutaan dengan seberapa segera dan sekiranya boleh, kemukakan maklumat tersebut secara bertulis. Alamat Kedutaan adalah seperti berikut:

Bahagian Konsular,
Kedutaan Besar Malaysia
20-16, Nanpeidai-Cho,
Shibuya-ku, Tokyo.
 

Pasport Antarabangsa Malaysia

Pasport merupakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh Kerajaan bagi memudahkan warganegaranya melakukan perjalanan ke luar negeri. Pasport dikategorikan sebagai dokumen penting dan terkawal. Pasport tetap menjadi hak milik Kerajaan dan pemberiannya boleh ditarik balik pada bila-bila masa. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemegang pasport untuk memastikan bahawa pasport yang dikeluarkan kepadanya sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.

  • menyimpan pasport di tempat yang tertutup dan berkunci;
  • memastikan bahawa pasport tidak terdedah kepada sesuatu yang boleh merosak atau mencatatkannya seperti air dan api;
  • jangan mengubahsuai sebarang butiran yang telah sedia tercatat di dalam pasport;
  • jangan menyerahkan pasport ke tangan orang yang tidak berhak ke atasnya dan lain-lain lagi.

Sekiranya cuai dalam menjaga keselamatan pasport, maka ada kemungkinan pasport tersebut jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab yang menggunakannya untuk tujuan penipuan, penyamaran, sindiket penjualan pasport dan sebagainya.

Pembaharuan Pasport (kemaskini pada 5hb Sept 2014)

Info terkini berkenaan pembaharuan pasport boleh didapati di laman web Kementerian Luar Negeri.
Adalah dinasihatkan untuk rujuk kepada laman web di atas untuk maklumat terkini.

Setiap pasport yang dikeluarkan oleh Kerajaan bersahlaku untuk lima (5) tahun dari tarikh pengeluaran melainkan terdapat sebarang catitan di dalam pasport tersebut yang menghalangnya. Sekiranya pasport hampir tamat sahlaku (kurang dari 6 bulan sahlaku) ataupun hampir kehabisan muka surat (tinggal kurang dari 5 muka surat), maka prlanjutan atau permohonan untuk mendapatkan pasport baru boleh dibuat di mana-mana pejabat Imigresen di Malaysia ataupun di mana pejabat Perwakilan Malaysia di luar negeri yang terdekat. Semasa mengemukakan permohonan pasport, pemohon hendaklah hadir sendiri dan permohonan melalui pos adalah amat tidak digalakkan berikutan risiko kehilangan yang tinggi. Bagi mengelakkan permohonan pasport tergendala, semua pemohon adalah dinasihatkan supaya memastikan semua dokumen-dokumen berikut dibawa bersama:

★Permohonan Pasport Baru★

  • Form IM.42 – Pin. 1/97 (terdapat di Kedutaan)
  • Pasport (salinan asal dan 2 photocopy untuk setiap helai kecuali helaian kosong – yang tiada sebarang catitan);
  • Kad Pengenalan (salinan asal dan 2 photocopy – depan & belakang);
  • Surat Beranak (salinan asal dan 2 photocopy);
  • Sijil Kewarganegaraan (salinan asal dan 2 photocopy) -sekiranya ada;
  • 3 keping gambar terbaru (latar belakang warna putih) berukuran pasport (5 x 3.5 cm) -gambar ‘instant’ tidak diterima;
  • Sijil Perkahwinan Malaysia (salinan asal dan 2 photocopy) sekiranya sudah kahwin;
  • Surat Pengesahan dari institusi pengajian (sekiranya berlajar) atau dari majikan (sekiranya bekerja) di Jepun;
  • ‘Certificate of Alien Registration’ dan 1 photocopy (hanya untuk pemohon status Residen Jepun); dan
  • Bayaran Pasport.

★Lanjutan Tempoh Sahlaku Pasport★

  • Form IM.42 – Pin. 1/97 (terdapat di Kedutaan)
  • Pasport (salinan asal dan 2 photocopy untuk setiap helai kecuali helaian kosong – yang tiada sebarang catitan);
  • Kad Pengenalan (salinan asal dan photocopy – depan & belakang);
  • Surat Beranak (salinan asal dan photocopy);
  • Sijil Kewarganegaraan (salinan asal dan photocopy) -sekiranya ada;
  • 3 keping gambar terbaru (latar belakang warna putih) berukuran pasport (5 x 3.5 cm) – gambar ‘instant’ tidak diterima;
  • Sijil Perkahwinan Malaysia (salinan asal dan photocopy) sekiranya ada;
  • Surat Pengesahan dari institusi pengajian (sekiranya berlajar) atau dari majikan (sekiranya bekerja) di Jepun;
  • ‘Certificate of Alien Registration’ dan 1 photocopy (hanya untuk pemohon status Residen Jepun); dan
  • Bayaran Pasport.

Semua photocopy hendaklah dibuat dalam kertas saiz A4.
Sila hubungi Kedutaan sekiranya hendak membuat sebarang kepastian.

Kadar Bayaran Pasport / Dokumen Imigresen

 No. Perkara RM Yen ¥
 1Pasport Biasa untuk lima (5) tahun:

  • 32 muka surat RM300 (yen – mengikut kadar tukaran semasa)
  • 64 muka surat RM600 (yen – mengikut kadar tukaran semasa)
300
600
Mengikut kadar tukaran semasa
 2 Lanjutan Sahlaku Passport Biasa:

  • 32 muka surat RM60 setahun (yen – mengikut kadar tukaran semasa)
  • 64 muka surat RM120 setahun (yen – mengikut kadar tukaran semasa)
60
120
Mengikut kadar tukaran semasa
 3 Perakuan Cemas (Imm. 40) 50Mengikut kadar tukaran semasa
 4 Pengistiharaan 800
 5 Pengesahan Tandatangan 200
 6 Power of Attorney 250
 7 Pengesahan Dokumen 500
 8 Terjemahan

  • Lesen Memandu
  • Lain-lain
 200
500

# Sila semak dengan Bahagian Konsular untuk kadar terkini.

Kehilangan / Kerosakan Pasport

Sekiranya mengalami kehilangan atau kerosakan pasport di luar negeri, sila laporkan berita kehilangan atau kerosakan tersebut dengan seberapa segera kepada pihak berkuasa tempatan (polis) dan mana-mana pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat. Dalam hal ini, sila berikan maklumat lengkap mengenai butir-butir pasport yang hilang atau rosak, tarikh, masa dan tempat pasport tersebut hilang atau rosak dan lain-lain maklumat yang dirasakan berkaitan.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat lama (yang bercanggah dengan maklumat terkini) yang dijumpa, diminta jasa baik untuk memhubungi MSAJ melalui e-mel sistemweb@msaj.net.