This page is only available in Bahasa Melayu (Malay Language).
(Contact info at the bottom)

Sila baca Syarat-syarat Penggunaan/Penginapan, Peraturan, Kemudahan Penginapan, dan Larangan berkenaan sebelum menempah Rumah Pelajar Malaysia!

1. RUMAH PELAJAR MALAYSIA
Rumah  Pelajar  Malaysia (RPM) ialah sebuah rumah yang disediakan (sewaan) oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Awam adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan penggunaan dan penginapan sementara kepada persatuan-persatuan pelajar dan individu pelajar Malaysia di Jepun.

Hak penginapan adalah tertakluk kepada PELAJAR MALAYSIA YANG MENUNTUT DI JEPUN sahaja. Tempahan dari rakyat Malaysia yang datang ke Jepun untuk tujuan melancong tidak akan dilayan.

2. SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN/PENGINAPAN

2.1. Kelayakan dan Tempoh

(i) Kebenaran bagi penggunaan/penginapan sementara hanya pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun sahaja; dan
(ii) Tempoh penginapan sementara yang dibenarkan adalah selama satu minggu (7 hari) sahaja.

2.2. Kadar Sewaan

Kadar sewaan dan kelayakan yang dikenakan adalah seperti berikut:
(i) Yen 1000 bagi satu malam bersama deposit kebersihan sebanyak Yen 1000

  • Individu pelajar yang menuntut di Jepun.

(ii) Yen 2000 bagi satu aktiviti

  • Persatuan-persatuan pelajar Malaysia bagi menjalankan aktiviti tertentu seperti mesyuarat AJK dan sebagainya.

KBM walau bagaimanapun boleh memberi pengecualian bayaran sewaan kepada mana-mana pihak secara bertulis kepada PRP.

3. PERATURAN
(i) Semua pengguna Rumah Pelajar hendaklah mematuhi dan mengikuti  segala peraturan dan disiplin yang ditetapkan oleh Badan Pengurus Rumah Pelajar Malaysia.
(ii) BPRK juga berhak menambah atau membatalkan apa-apa peraturan yang difikirkan perlu bagi melicinkan pengurusan Rumah Pelajar.
(iii) Memastikan barangan peribadi yang berharga dalam perhatian sendiri;
(iv) Menjimatkan penggunaan tenaga seperti menutup suis lampu, alat pemanas, kipas angindan air sebelum keluar;
(v) Melaporkan kepada Pengurus masa keluar / masuk rumah kerana penginap tidak akan diberi kunci rumah

3.1. Peraturan Keluar / Masuk
(i) Masuk
a) Menghubungi Pengurus Rumah bagi penempahan menginap.
b) Setiap individu yang menginap dikehendaki mengisi Borang Penginapan dengan lengkap.
c) Mengemukakan kad ahli bagi ahli MSAJ/KUJ.
d) Membayar wang penginapan dan mendapatkan resit dari Pengurus Rumah.
e) Membawa kelengkapan peribadi untuk keperluan menginap.

(ii) Keluar
a) Menghubungi Pengurus bagi urusan keluar
b) Meletakkan semula segala kemudahan dan kelengkapan yang disediakan di tempat asal
c) Mempastikan tiada barangan peribadi yang tertinggal

4. LARANGAN
(i) Berbual dan bercakap dengan suara yang kuat atau membuat bising.
(ii) Merokok di ruangan berlantikan tatami.
(iii) Membawa masuk sebarang alkohol atau minuman keras.
(iv) Membawa masuk sebarang makanan yang tidak halal.
(v) Membawa masuk sebarang binatang peliharaan.
(vi) Menakung air dlm tub untuk tujuan berendam.
(vii) Membuat sampah merata-rata

5. KEMUDAHAN PENGINAPAN DAN LAIN-LAIN
(i) Penginap akan disediakan kemudahan menginap seperti tilam, bantal dan selimut;
(ii) Penginap disediakan ruangan dapur dan alatan memasak untuk tujuan memasak;
(iii) Bahan masakan hendaklah disediakan oleh penginap sendiri;
(iv) Melaporkan kepada Pengurus masa keluar / masuk rumah kerana penginap tidak akan diberi kunci rumah;
(v) Bilik bacaan juga disediakan untuk pengguna / penginap.

Panduan ke Rumah Pelajar Malaysia
6-24-3, Koyama, Shinagawa-ku,
Tokyo 142-0062

〒142-0062
東京都品川区小山6丁目24番地3号

Segala urusan tempahan perlulah melalui
studenthousetokyo[at]yahoo.com

if (document.currentScript) {